Wednesday 11 March 2015

Dilemma perguruan..

Hari ini ramai yang berkata tentang guru..
Guru x pandai mengajar..
Guru x tau buat kerja..
Guru gaji besar..
Guru makan gaji buta..

Apa maknanya semua ni? yang bercakap tu mungkin ke faham tugas guru?
ya, tugas guru ialah mengajar dan mendidik, di samping itu menyediakan pelbagai keperluan untuk PdP (pengajaran dan Pembelajaran) tetapi yang terjadi hari ini ialah wujudnya tugas tugas perkeranian yang kadang kala mengatasi keperluan untuk mengajar di kelas..
main business guru ialah mengajar, dan tugas perkeranian itu hanyalah sebagai satu cabang tugas daripada tugas tugas sampingan yang lain..ewahh.. pandai cakap..
kerap kali aku dengar orang komplen pasal cikgu ni, yang x sedap didengar pun ada..tapi apakan daya, cikgu pun manusia..
jangan lupa, disamping tugas guru di sekolah, guru yang kita duk panggil cikgu tu pun ada tanggungjawab di rumah. mereka pun manusia seperti kita..ada suami atau isteri dan ada anak anak.. tak lupa juga tanggungjawab pada ibu bapa dan masyarakat setempat.
ramai yang lupa, banyak yang manusia bergelar guru ni dah buat untuk anak anak kita.. masa kita sibuk di pejabat, guru lah yang jadi ibu bapa kedua di sekolah..mereka lah yang jaga anak anak kita, yang pastikan keperluan pembelajaran mereka tak terabai, pagi pagi bagi rmt (bagi yang layak), pilihkan murid murid susah untuk diberi bantuan, tu tak kira kalau ada yang ter..ter.. lagi..hehe..
yang kita tak tahu berapa ramai guru yang keluarkan duit poket mereka sendiri untuk keperluan anak murid mereka, tanpa berkira sedikit pun.
senario yang berlaku hari ni, ada ibu bapa yang sanggup bermusuhan dengan guru walaupun selepas dibantu.  patut ke?  selama ni guru dah tolong macam macam, akhirnya dijadikan musuh hanya kerana guru cuit sikit anak sebab nakal.. memang ada yang akan kata dah kerja guru kena buat semua tu, kalau tak nak jangan jadi guru..
ingatlah, tugas utama guru ialah mengajar dan mendidik, dan tugas tugas yang lain itu hanyalah sampingan sahaja..
jangan jadi ibu bapa derhaka yang mengajar anak anak anda derhaka kepada guru, yang akhirnya menyebabkan ilmu yang dipelajari jadi tak berkat, yang akhirnya akan menyebabkan anak anak kita hilang arah tujuan dan akhirnya akan menyebabkan berlambaknya gejala sosial yang tak habis habis..
nampak tak cause and effectnya tuan tuan?  fikir fikirkanlah..

Motivasi oh motivasi

motivasi? ape tuh? motif yang dah basi ke? hehe..
motivasi atau motivation dalam b.inggeris adalah satu kaedah untuk menaikkan semangat, samada dari segi penampilan, pemikiran, perasaan atau apa saja..
kita perlukan motivasi untuk menjadi lebih efisien atau cekap, atau untuk berubah menjadi lebih baik daripada sebelumnya..
ada pelbagai cara untuk termotivasi, yang paling popular dah tentulah program motivasi yang banyak di kaca t.v tu..
ada yang termotivasi bila tengok org lain berjaya, ada juga bila mengenang anak anak dan pasangan di rumah.
paling dasat yang aku dengar bila dengar ada yang termotivasi bila dalam keadaan tertekan.. orang yang macam ni perlukan tekanan untuk jadi lebih rajin, cekap dan lebih laju dalam bab kerja..
hui..hebat juga tu..
tapi kalau yang melibatkan tekanan tu, biarla tekanan yang baik dan positif.. janganla tekanan yang akan merosakkan diri sendiri dan orang lain ye..
yang paling utama, jika kita berada dalam satu organisasi, wujudkan teamwork supaya bebanan kerja dapat dikurangkan..atau sekurang kurangnya dapat berkongsi idea tentang sesuatu perkara.. idok le nanti dikata syok sendiri ye..tak la asyik termotivasi sengsorang je kan.. hehe..

Tuesday 10 March 2015

Syarikat Pinjaman vs Ah long

hmm.. tajuk yang menarik..
ada satu kisah yang patut dijadikan pengajaran..
suatu hari seorang kawan yang terdesak telah menghubungi satu nombor telefon tepi jalan untuk meminjam wang..
akhirnya satu pertemuan telah dijalankan, pihak penawar telah menjanjikan rm10 ribu sebagai pinjaman tetapi dengan satu syarat: si peminjam harus meminjam rm1 ribu dahulu dan bayar dalam tempoh 3 hari.. tapi xla dapat 1 ribu penuh.. dapat 200 je..
nape? selepas tolak kos2 pengurusan x masuk akal akhirnya yang tinggal 200 je la..
so si bakal peminjam pn teragak2..lalu si penawar pinjaman bg offer baik punya..
"kalau you blh pnjm 1 libu and kasi bayar dalam 3 hali wa kasi lu pinjam 10 k maa..senang saja..1 libu tak manyak..bila2 blh cali..lepas tu i kasi u pinjam 10 k, u bayar balik dalam sebulan.. jangan risau,u dapat rm9400..manyak tau..lepas satu bulan kalau u x boleh bayar u bayar 600 la..itu kila intelest la..kasi panjang tempoh..itu 10 k ma tak kulang tau..mau ka..kalau mau kita kasi fotostat ic dulu la.."
menyedari bahawa mamat tu ah long,dia cepat2 bg alasan kedai fotostat dh tutup sebab dh petang, n dia juga bagi alasan nak fikir dulu..cerdik juga mamat ni..so diorang pn berpisah dengan si penawar pinjaman ni bagi janji2 manis beracun..
tak putus asa, kawan ni cari pulak syarikat pinjaman di internet..kali ni syarikat melayu..
cerita di whatsapp punya baik, janji macam2 nak tolong melayu tapi rupanya sama la macam si ah long tadi..bezanya si ah long tadi tak tau hukum riba' tetapi si melayu ni yang rasanya islam pn amalkan hukum yang sama..
kesimpulannya, x payahla pegi cari nombor telefon tepi jalan tu..indah khabar dari rupa je..
begitu juga dengan syarikat pinjaman, berlesen atau tidak (kalau berlesen tu masih legal lagi ke?) semuanya x boleh dipercayai..
bagi umat islam, mintala pertolongan dari Allah s.w.t.. Hanya Dia yang mampu menolong kita..
dan selagi boleh elakkan dari meminjam dari syarikat atau orang2 persendirian yang kita x pasti apa niat mereka..

free tv service is on the way

good news evrybody..
RTM with the cooperation with MyTV and TM is launching a new tv service.  it will includes 80 tv channel and 40 radio channel. among the 80 tv channel,45 of them will be in hd format.. best of all, the service is free of charge. viewers will only have to pay for the decoder for RM200 and better, those who receive BR1M will get the decoder for free!!!
The project will starts on June 2015 and will be complete around 2017..
this new tv service will starts from the east coast (Pahang,Kelantan And Terengganu), then to Sabah, Sarawak and Labuan before Perlis, Kedah, Pulau Pinang and Perak.  After that to Johor, Melaka and Negeri Sembilan before they finaly reach Kuala Lumpur, Selangor and Putrajaya.
RTM has been developing this project for quite a time and with no publicity it seems to be a success.. Have you ever heard Angkasapuri Media City?
Alas, let us hope that this project is much better than the other tv service provider..

thoughts for the day

The most elegant answer is the simplest one..
most people tends to give or try out the hardest solution but remember, the most acceptable is THE simplest one.